Isu Sosial
Seorang lelaki harus memahami seseorang wanita itu dan kenapa wanita itu diciptakan untuknya. Wanita adalah hiasan yang terindah di dunia dan jika ia diumpamakan seperti sekuntum bunga maka tiada bunga yang mampu menandinginya. Kedudukan wanita itu cukup mulia dan cukup tinggi selepas runtuhnya peradaban jahilliah yang amat jahil. Tetapi… Lihatlah Malaysia sekarang betapa alpanya wanita-wanita ini menggadaikan maruahnya dan dirakam oleh sang lebah yang bernama lelaki durjana dan disiarkan di ruangan Youtube.com. Ehmmmmm… Aku sedih melihatnya kerana bangsaku sendiri didalamnya seagama denganku pula. Salahnya di sini apabila semua manusia mula ambil mudah akan setiap perkara tidak kiralah ianya lelaki ataupun wanita. Lihatnya lelaki begitu bodoh sekali dalam soal ini. Lelaki ditugaskan untuk memelihara maruah wanita daripada tergadai tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Maruah wanita itu telah dirobek… Sakit sekali. Tetapi tidak boleh salahkan lelaki juga, kalau wanita kukuh imannya dan tidak menggoda atau menahan dari di goda oleh sang lebah durjana. Wajah kamu tidak akan keluar dalam Youtube.com. Wanita juga harus bertanggungjawab di dalam memelihara maruah dirinya sendiri. Tetapi, kesalahan ini terletaknya pada lelaki dan wanita yang alpa dan khilaf. Itu yang aku yakin dan pasti jika Lelaki dan Wanita tidak berpegang pada landasan yang betul. Peringatan aku, sekali terbabas… Kamu yakni lelaki dan wanita harus intelek supaya tidak terbabas buat kali kedua.
Kerisauan
Adakalanya seorang lelaki dan wanita itu tidak akan terlepas dari segala kerisauan terhadap pasangannya. Walaupun hal itu sangat halus. Kerisauan itu tetap ada. Adakalanya membuatkan kita tertekan, tertekan dengan kerisauan itu sebab terlalu sayangkannya. Kerisauan itu membuatkan kita tidak kira Lelaki atau Perempuan selalu tertanya-tanya sihatkah? Dah makan belum? Tengah buat apa? Adakah dia senyum hari ini? Gembira ke dia? Kenapa dia menangis? Dan segala pertanyaan bermain dalam kerisauan. Dan apa yang kita selalu fikirkan adalah “Adakah aku cukup baik untuknya? Adakah aku menjalankan tanggungjawabku dengan baik terhadapnya? Adakah aku memelihara maruahnya sebagai insan?”. Segala macam pemikiran akan terjadi samada ia positif atau negatif itu sudah jadi agak keliru sebab bila bercinta kadang-kadang ingin melakukan segalanya dengan baik walaupun kita tahu ada sesetengah bahagian itu kita rasa negatif tetapi untuk membahagiakan seseorang… negatif itu akan mengalami transisi positif.
p/s : Akan ada PART 3.. Jadi tunggu sahaja jika anda berminat dengan penulisan ini. Saya membutuhkan komen kamu untuk saya membetulkan kesilapan saya. Sesungguhnya saya masih lagi belajar dan saya ingin terus belajar. SEKIAN..
